Ekonomi Ekonomi

Negara Catat Produktiviti 3.7 Peratus Bagi 2006

MALAYSIA mencatatkan pertumbuhan produktiviti kukuh pada kadar 3.7 peratus tahun lalu, iaitu paras tertingginya dalam tempoh enam tahun. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, berkata kadar itu mengatasi pencapaian beberapa negara maju dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).


Naik Gaji Rangsang Produktiviti

Keprihatinan kerajaan terhadap keluhan kakitangan awam khususnya dan rakyat amnya jelas terserlah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji baru kakitangan awam.


Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, semalam, berkata kenaikan gaji kakitangan awam itu akan menyumbang 0.5 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini dan tambahan sekurang-kurangnya setengah peratus lagi pada 2008, turut memberi impak positif kepada pasaran.
 
 
BANGALORE 24 Mei - Pemilik ruang pejabat terbesar di taman perniagaan teknologi maklumat (IT) di sini, Kumpulan Embassy, kini aktif berbincang dengan lima syarikat terkemuka antarabangsa untuk membuka pejabat di MKN Embassy Techzone, Cyberjaya apabila ia siap awal tahun depan.
 
 
KUALA LUMPUR 27 Mei - Malaysia bakal muncul sebagai 'Serambi OPEC Asia Timur' dalam tempoh tujuh tahun lagi apabila keseluruhan pembinaan saluran paip minyak yang merentasi Semenanjung sepanjang 320 kilometer siap menjelang tahun 2014.
 
 
SHAH ALAM 29 Mei - Kerajaan Kuwait mahu menjadikan Malaysia sebagai pangkalan utamanya bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di rantau Asia, kata Menteri Kewangannya, Bader Mishari Al-Humaithi.
 
 
AMERIKA Syarikat masih melihat negara Islam sebagai kalangan negara yang bermasalah. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh negara Arab, jika dicantum sekalipun, dengan blok penduduk hampir 280 juta orang hanya menyamai dengan KDNK Sepanyol sebagai sebuah negara. Mungkin inilah punca yang membendung usahasama perdagangan di kalangan negara Islam yang lebih konstruktif dan berpandangan jauh. Kita masih lagi mempunyai "minda ekonomi dan politik" yang terpecah-pecah dan tidak bersatu. Masih lagi mengamalkan konsep ekonomi bersendirian - silo mentaliti.
 
 
SINGAPURA 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kedaulatan negara tidak akan tergadai kepada Singapura menerusi penubuhan jawatankuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang disertai oleh menteri kedua-dua buah negara.
 

KDNK Malaysia 5.3 Peratus
 
KUALA LUMPUR 30 Mei - Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama tahun ini, menyokong sasaran negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sekitar enam peratus pada tahun ini.
 
 
KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Proton Holdings Bhd. (Proton) yang mengalami kerugian sebelum cukai RM619.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, segera melakukan sesuatu supaya kembali mencatat keuntungan.
 
 
JAKARTA 25 Julai - Beberapa buah syarikat dari Malaysia dikatakan berminat untuk melaksanakan projek monorel di Jakarta yang akan disambung semula setelah projek itu terbengkalai beberapa tahun akibat masalah kewangan.
 
JOHOR BAHRU 29 Julai - Bajet 2008 perlu mengutamakan peningkatan perbelanjaan dalam negara bagi memastikan pengukuhan ringgit dan mengurangkan kesan inflasi. 
 
 
PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) menjangka memuktamadkan proses pelaksanaan persijilan halal antarabangsa mengikut piawai MS1500:2004 menjelang akhir tahun ini. 
 
 
PERBADANAN Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sedang mencari usahawan wanita yang mengusahakan perniagaan berpotensi untuk dibimbing menjadi pengeksport berjaya menerusi Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WaTop).
 
 
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Sebagai hab kewangan Asia, Hong Kong menyasarkan untuk menceburi kewangan Islam yang kini semakin mendapat permintaan tinggi dari banyak negara, dengan bekerjasama dengan Malaysia yang berpengalaman luas membangunkan sektor berkenaan, kata Setiausaha Kewangannya John C. Tsang, hari ini.
 
 
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini membantah tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan kadar caj perkhidmatan yang rendah bagi penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
 
 
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun lalu bernilai AS$226.7 bilion (RM 784.4 bilion) peningkatan sebanyak 12.1 peratus