Info Ria Info Ria

Memburu Buku Terpakai

Buku lama, buku terpakai, buku second hand mempunyai nilai yang berbeza- beza kepada kita semua. Kepada kebanyakan orang, buku lama cuma menghimpun habuk dan debu, membazir ruang dan menyemakkan mata memandang dan patut dihumbankan jauh-jauh.


PM Perturun Petua Didik Anak

KEPALA BATAS 20 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menurunkan petua tersendiri kepada golongan ibu bapa dalam anak- anak yang masih kecil supaya tidak terlalu menyekat anak-anak dengan pelbagai pantang larang yang dikhuatiri merencatkan proses pembesaran semula jadi kanak-kanak. 


Fungsi atau Bentuk

INSIDEN kerosakan tiga buah bangunan baru milik kerajaan dalam tempoh tidak sampai sebulan baru-baru ini mengingatkan penulis satu tugasan kerja kursus yang penulis lakukan lebih 20 tahun lalu sebagai pelajar bidang seni bina di di United Kingdom (UK) bertajuk: Laporan Kerosakan Bangunan atau Building Failures Reports. 


Bendung Gejala Merokok

HEBAT bergaya. Itulah gambaran yang diberikan pengeluar pelbagai jenama rokok sejak dulu lagi, malah ada yang menganggap tabiat merokok sebagai gaya hidup boleh mambantu mereka untuk melakukan kerja.


Kementerian Pelajaran Rombak Sistem Kokurikulum

PUTRAJAYA 31 Mei - Kementerian Pelajaran akan merombak secara keseluruhan kokurikulum sekolah sedia ada supaya sistem pendidikan negara tidak lagi dilihat memberi penekanan kepada soal pencapaian akademik sahaja. 


Kes Lina Joy: PM Minta Usah Ikut Emosi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy, dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi.


Kementerian Pelajaran ambil alih Akademi FAM

PULAU PINANG - Mulai tahun depan, Kementerian Pelajaran akan mengambil alih semua Akademi Bola Sepak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk diserap ke dalam Sekolah Sukan Negeri di bawah satu pelan tindakan kementerian itu bagi memulihkan mutu bola sepak negara.


Bunuh: Pelajar bebas - Mahkamah Rayuan Cadang Pinda Akta Kanak-Kanak Ekoran Kes Itu
 
PUTRAJAYA 25 Julai - Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini mencadangkan supaya Parlimen meminda Seksyen 97(2)(4) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memperbetulkannya kerana akta itu didapati tidak menyediakan peruntukan hukuman untuk dijatuhkan terhadap kanak-kanak yang disabitkan atas kesalahan membunuh. 


Sejuta Wanita Malaysia Makin Gebu, Gempal, Gemuk
 
PUTRAJAYA 12 Jun - Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami "Masalah 3G" iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk. 
 
 
Pinda Peraturan Disiplin: Jangan Abai Pandangan

PUTRAJAYA 26 Julai - Jawatankuasa Khas Disiplin yang ditugaskan untuk meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 diingatkan supaya tidak mengabaikan pandangan dan maklum balas pihak yang berkait rapat dengan soal disiplin pelajar. 


Mudah Bolos - Sempadan Malaysia-Thai Jadi Lubuk Emas Sindiket Seludup Manusia

 
KUALA LUMPUR 29 Julai - Sempadan Malaysia-Thailand semakin mudah dibolosi dan kini menjadi lubuk emas kepada sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menawarkan upah sehingga RM1,000 seorang untuk membawa PATI ke Lembah Klang. 


Koridor Utara Dilancar - RM177 Bilion Majukan Empat Juta Penduduk Melalui Rancangan Bersepadu
 
ALOR STAR 30 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan rangka tindakan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 bilion mulai sekarang sehingga tahun 2025 iaitu rancangan pembangunan komprehensif yang menjanjikan masa depan cerah kepada lebih empat juta penduduk negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. 
 
 
 
ALOR STAR 30 Julai - Kerajaan Kedah yakin pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini akan menampakkan hasilnya menjelang 2010. 
 
 
 
KUALA LUMPUR 30 Julai - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan 11 anggota sindiket itu dan merampas 77 kilogram heroin bernilai RM3.85 juta Jumaat lalu.