Kesihatan Kesihatan

Makan Bersama Keluarga

Menurut Journal of Adolescent Health, makan bersama keluarga adalah cara yang baik untuk mengelakkan tabiat makan yang boleh mendatangkan mudarat. Pakar penyelidik mencadangkan ibu bapa menumpukan perbualan kepada isu-isu ringan di meja makan, lebih-lebih lagi jika anak-anak cerewet makan.


Ibu Bapa Perokok, Anak Derita

HOUSTON: Tabiat merokok di kalangan ibu bapa boleh menjejaskan kesihatan anak mereka yang berisiko tinggi menderita masalah pernafasan di kemudian hari, menurut satu kajian.


Karbohidrat Kompleks dan Manfaatnya
 
SETIAP pagi kita bangun tidur dan mendapati jantung kita masih berdenyut, otak masih bergeliga dan kita masih mampu mengangkat sesuatu barang jika kita mahu. Sedarkah kita bahawa segala tugasan harian mudah ini sebenarnya memerlukan tenaga? 


Tabiat Makan yang Sihat
 
PIRAMID makanan adalah panduan untuk orang ramai memahami cara makan secara sihat dan disyorkan kepada penduduk berumur 2 tahun ke atas.


Tip Penjagaan Jantung
 
JANTUNG merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, a mat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.


Gambaran Kos Rawatan Kanser Payudara
 
Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Di HKL, keseluruhan rawatannya tidak lebih RM500.Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.


Senaman Jamin Kualiti Hidup Berkekalan
 
SENAMAN adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani.


Warga Emas Sihat jika Kerap Bersenam
 
Purata jangka hayat bagi warga emas lelaki kini mencecah kepada 72.3 tahun, manakala wanita 76.9 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) menjangka menjelang 2020, jangka hayat bagi lelaki mencecah usia 75.4 tahun dan wanita 80.4 tahun. 


Nikotin Rokok Meningkat 11 Peratus dalam Tempoh Lapan Tahun
 
PUNCA perokok sukar berhenti merokok kerana jumlah nikotin dalam setiap rokok meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh lapan tahun, iaitu dari 1998 hingga 2005.