Peranan dan Fungsi Peranan dan Fungsi

Perpustakaan KDN ditubuhkan untuk berperanan dan berfungsi:

  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat kepada warga KDN disamping mendokong dan memberi sumbangan maklumat yang berkesan dalam penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keselamatan Dalam Negeri.

 

  • Perpustakaan KDN merupakan sumber rujukan dan repositori berkaitan bidang keselamatan, ketenteraman awam dan jenayah

 

  • Menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan maklumat terkini kepada warga Kementerian Dalam Negeri, Jabatan dan Agensi di bawahnya.
     
  • Menyediakan kemudahan akses kepada ilmu dan maklumat untuk merealisasikan kewujudan masyarakat dan pekerja berilmu (knowledge worker) yang bermaklumat serta berteknologi tinggi.
     
  • Menyediakan maklumat yang terkini dengan cepat, tepat dan sahih selaras dengan pengwujudannya sebagai Pusat Maklumat KDN yang utama di negara ini.