Pengguna luar mestilah mendaftar nama terlebih dahulu di buku daftar pengguna sebelum membuat sebarang rujukan.
Sentiasa mempamirkan tanda nama / pas keselamatan / pas pelawat semasa berada di perpustakaan.
Membenarkan pegawai bertugas memeriksa ketika masuk / keluar dari perpustakaan.
Pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja.
Telefon bimbit, pager dan sebarang yang berkaitan dengannya hendaklah dimatikan sebelum masuk perpustakaan.
Hendaklah berpakaian formal dan bersopan santun ketika berada dalam perpustakaan.
Pegawai perpustakaan yang bertugas berhak meminta pengguna meninggalkan perpustakaan jika didapati tidak berpakaian kemas atau menimbulkan kekacauan.
Sekiranya kesalahan yang sama diulangi, maka pihak pengurusan berhak menamatkan keahlian atau keistimewaan membuat rujukan dimasa akan datang.
Sekiranya didapati pengguna luar telah melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan maka pihak pengurusan Perpustakaan boleh dengan serta merta mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu/kumpulan terlibat.
Barang-Barang yang Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk
Mengguna telefon bimbit
Walkman
Wawancara dalam Perpustakaan
Berniaga dalam perpustakaan
Mengoyak, memotong, menconteng buku, majalah dan membawa keluar tanpa kebenaran
Bercakap kuat dan membuat bising hingga menggangu pengguna lain
Mempamir mengedar, melekatkan atau menampal apa-apa bil, notis iklan dalam dan luar perpustakaan
Bercakap / berkelakuan sumbang
Vandalisme (perbuatan laku musnah)
Makan / minum
Tidur
Merokok
Meludah
Barang-Barang yang tidak Dibenarkan Dibawa Masuk
Beg besar
Topi keledar
Makanan dan minuman
Gunting
Mata pisau
Suratkhabar, buku teks sekolah dan majalah persendirian