PERATURAN PERPUSTAKAAN PERATURAN PERPUSTAKAAN

  • PERATURAN PERPUSTAKAAN KDN
 
1) Pengguna boleh mengunjungi Perpustakaan KDN mengikuti jadual masa yang ditetapkan.
 
2) Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan.
 
3) Semasa berada di Perpustakaan pengguna dilarang melakukan perkara-perkara berikut :
 
   a) Menconteng, mengoyak, merosakkan atau mencuri buku/bahan perpustakaan.
 
   b) Merokok, makan atau minum.
 
   c) Membuat bising.
 
   d) Membawa keluar buku/bahan tanpa kebenaran.
 
   e) Mengalih dan memindahkan buku/bahan dan perabot ke tempat lain.
 
   f) Membuang sampah merata-rata.
 
   g) Menyalahgunakan kemudahan internet,WiFi dan komputer.
 
   h) Melakukan perkara yang tidak sopan.
 
   i) Buku/bahan yang hendak dipinjam mestilah direkodkan.
 
   j) Berniaga dalam perpustakaan
 
4) Perpustakaan KDN tidak bertangungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa pengguna berada di dalam Perpustakaan.
 
5) Salinan/fotokopi buku/bahan di perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan yang  berkaitan 
AKTA HAKCIPTA 1987.
 
6) Perpustakaan KDN mempunyai hak untuk menentukan peraturan tambahan dari masa ke semasa.
 

Barang-Barang yang tidak Dibenarkan Dibawa Masuk Barang-Barang yang tidak Dibenarkan Dibawa Masuk

  • Beg besar
  • Topi keledar
  • Makanan dan minuman
  • Gunting
  • Mata pisau
  • Suratkhabar, buku teks sekolah dan majalah persendirian
  • Payung
  • Kamera