Lawnet Lawnet

  • Pinjaman
    Sebanyak 6 bahan perpustakaan boleh dipinjam pada suatu masa. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut

Jenis Bahan: Buku
Tempoh Pinjaman: 3 Minggu

Jenis Bahan: Majalah/Laporan Tahunan
Tempoh Pinjaman: 1 Minggu

Jenis Bahan: Buku Rujukan Peperiksaan
Tempoh Pinjaman: 1 Minggu*

Jenis Bahan: Warta Kerajaan/Akta
Tempoh Pinjaman: 3 Hari*

Jenis Bahan: Suratkhabar
Tempoh Pinjaman: 3 Hari*

Jenis Bahan: Pekeliling-Pekeliling, Jurnal, Review dan Tesis*
Tempoh Pinjaman: Rujukan Sahaja

* Bergantung pada keperluan warga Kementerian Dalam Negeri

 

  • Rujukan
    Pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada secara lisan, bertulis atau telefon.
     
  • Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan
    Membolehkan warga KDN membuat pinjaman dari perpustakaan lain melalui Perpustakaan KDN dan juga membenarkan perpustakaan lain meminjam bahan dari Perpustakaan KDN.
  • Perkhidmatan Kesedaran Semasa
    • Edaran Senarai Buku Baru
    • Edaran Berita Perpustakaan
    • Edaran Halaman Kandungan Majalah
  • Salinan Foto
    Pengguna boleh membuat salinan foto 20 helaian pertama secara percuma untuk kegunaan rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi.
    * Bagi salinan yang melebihi 20 mukasurat, anda diminta membawa kertas sendiri.
    * Salinan foto untuk tujuan perniagaan dan keuntungan tidak dibenarkan.
  • Perkhidmatan Internet
    Pembaca dibenarkan mengakses internet melalui PC yang disediakan di Perpustakaan KDN untuk mendapatkan maklumat bagi membantu penyelidikan mereka.