Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam

Kenaikan Gaji Terbaik

PUTRAJAYA 21 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai "terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam" apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini.
 

Cuepacs Puas Hati

PUTRAJAYA 21 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpuas hati dengan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
 

Pencen Ikut Gaji Baru - Kenaikan Turut Libatkan Bekas Kakitangan Kerajaan Negeri, PBT

PUTRAJAYA 22 Mei - Seramai 557,033 pesara kerajaan termasuk bekas anggota polis dan tentera bakal menikmati kenaikan pencen pada kadar yang serupa dengan kenaikan gaji kakitangan awam yang sedang berkhidmat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
 
 
 
Seramai 107,688 kakitangan awam termasuk tentera dan polis, menikmati ganjaran berganda apabila kadar bayaran empat jenis insentif yang mereka terima, naik secara automatik selaras kenaikan gaji diumumkan kerajaan, Isnin lalu. 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perak, Kedah dan Terengganu semalam mengumumkan kenaikan gaji dan Bantuan Sara Hidup (Cola) pada kadar sama dengan kerajaan Pusat bagi kira-kira 27,000 kakitangan awam negeri di tiga negeri itu membabitkan kos tambahan RM82 juta setahun, mulai 1 Julai ini. Bagaimanapun, Negeri Sembilan dan Kelantan yang turut bersetuju melaksanakan kenaikan gaji dan Cola, memerlukan bantuan kerajaan Pusat berikutan masalah kewangan.
 
 
 
KUALA LUMPUR 24 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang.
 
 
 
KUALA LUMPUR 24 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap organisasi mengetahui kedudukan terkini mereka berbanding organisasi lain sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi. 
 
 
 
Apakah komen CUEPACS secara keseluruhannya berikutan pengumuman kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam baru-baru ini?
 
 
 
Bajet 2008 yang akan dibentangkan di Parlimen 7 September ini dijangka mengubah pendekatan dan beralih kepada langkah lebih kreatif dan inovatif untuk membantu membangun dan merancakkan ekonomi negara. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin membayangkan kerajaan perlu berbuat demikian kerana pelbagai insentif diberi selama ini boleh memberi tekanan terhadap beban kewangan negara.
 
 
 
KUALA LUMPUR 23 Mac - Kekurangan minat kaum lain untuk menyertai perkhidmatan awam menyebabkan 77 peratus kakitangan kerajaan didominasi orang Melayu.
 
 
 
PUTRAJAYA 26 Julai - Kerajaan akan menimbangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam tahun ini dalam pembentangan Bajet 2008, kata Menteri Kewangan Kedua - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.