Perkhidmatan Perkhidmatan

 

PERKHIDMATAN 
 
1) Pinjaman dan Pemulangan (Sirkulasi)
   
   A) Peraturan Pinjaman:
 
    i) Berdaftar sebagai ahli perpustakaan KDN. 
   ii) Buku/bahan yang dipinjam mestilah dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.
  iii) Denda boleh dikenakan jika buku/bahan yang dipinjam lewat dipulangkan.
  iv) Buku/Bahan yang hilang atau rosak mestilah diganti dengan buku/bahan yang 
       sama atau edisi terbaru atau membayar mengikut harga pasaran semasa.
   v) Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas buku/bahan yang dipinjam.
 
   B) Kelayakan Pinjaman:
       Kelayakan pinjaman buku/bahan adalah sebanyak 6 buah selama 30 hari.
 
  C) Pemulangan dan Pembaharuan Pinjaman:
 
    i) Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh pemulangan yang ditetapkan.
   ii) Pengguna hanya dibenarkan memperbaharui pinjaman sebanyak tiga kali selagi tiada tempahan. Pelanjutan          
      tempoh pinjaman  boleh dibuat melalui telefon dan e-mail.
 
   D) Tempahan Buku/Bahan:
       Tempahan boleh dibuat melalui WebOPAC, telefon, e-mail atau kaunter perkhidmatan  dalam masa tujuh hari        
       untuk mengambil buku/bahan berkenaan dan tempahan terbatal sekiranya tidak diambil dalam tempoh    
       yang ditetapkan.
 
2) Bimbingan Pencarian Maklumat
    Perkhidmatan ini memberi bimbingan pencarian maklumat dengan mudah, cepat dan tepat menggunakan sistem OPAC. 
 
3) Pinjaman Antara Perpustakaan 
    Perkhidmatan ini diselaraskan di bawah Skim Pembekalan Penerbitan/Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL).
    Pengguna boleh meminjam bahan dari mana-mana perpustakaan yang berdaftar di bawah skim ini mengikut syarat-
    syarat yang ditentukan.
 
4) Aktiviti Kesedaran Semasa 
   Perpustakaan turut mempamerkan artikel surat khabar tentang isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan lain-lain isu     
   semasa.
 
 
    i)  Edaran Senarai Buku Baru
   ii)  Edaran Berita Perpustakaan
  iii)  Edaran Halaman Kandungan Majalah
 
5) Perkhidmatan Rujukan 
     Pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada secara lisan, bertulis atau telefon.
 
 
6) Salinan Fotokopi
     Pengguna boleh membuat salinan foto 20 helaian pertama secara percuma untuk kegunaan rasmi    
     Kementerian/Jabatan/Agensi.
    * Bagi salinan yang melebihi 20 mukasurat, anda diminta membawa kertas sendiri.
    * Salinan foto untuk tujuan perniagaan dan keuntungan tidak dibenarkan.
 
7) Internet
     Pembaca dibenarkan mengakses internet melalui komputer yang disediakan di Perpustakaan KDN untuk mendapatkan  
     maklumat bagi membantu penyelidikan mereka.