Polisi Pinjaman Polisi Pinjaman

  • Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. Bahan perpustakaan yang dirosakkan / hilangkan oleh peminjam akan dikenakan bayaran sebagai gantian bahan tersebut mengikut kadar semasa termasuk 10% untuk kos prosesan.
     
  • Bahan yang dipinjam tidak boleh dipindah milik.
     
  • Bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan apabila diminta walaupun tempoh pinjaman belum tamat.
     
  • Pembaharuan bahan dibenarkan 3 kali sahaja jika tiada penempahan daripada pengguna lain.
     
  • Pembaharuan tidak dibenarkan bagi bahan rujukan peperiksaan.