Soalan Lazim Soalan Lazim

S1: Bagaimanakah cara hendak mengakses keratan surat khabar digital?

J1: Klik WebInfoline untuk mendapatkan Basic Search, pilih phrase diruangan search type, pilih source diruangan access point dan taip perkataan Utusan atau Berita Harian di ruangan search text dan klik butang search.

 

S2: Bagaimanakah cara hendak mengakses e-Artikel?

J2: Klik webinfoline untuk mendapatkan Basic Search, pilih word list diruangan search type, pilih descriptor diruangan access point dan taip perkataan Articles untuk akses articles di ruangan search text dan klik butang search.

 

S3: Bagaimanakah cara hendak mengakses e-Jurnal?

J3: Klik webinfoline untuk mendapatkan Basic Search, pilih phrase atau exact match diruangan search type, pilih source diruangan access point dan taip perkataan Journal untuk akses Journal di ruangan search text dan klik butang search.

 

S4: Bagaimanakah cara hendak mencari judul buku melalui akses WebOpac?

J4: Klik webOpac untuk mendapatkan Basic Search, pilih keywords diruangan search type, pilih title diruangan access point dan taip judul buku (Contoh: Perintah Am) di ruangan search text dan klik butang search.

 

S5: Bagaimanakah cara hendak mencari buku yang tidak diketahui tajuknya dengan tepat melalui akses WebOpac?

J5: Mempunyai dua cara;

Cara Pertama: Klik webOpac untuk mendapatkan Basic Search, pilih keywords atau leftstring diruangan search type, pilih subject diruangan access point dan taip perkara yang hendak dicari (Cth: Undang-Undang) di ruangan search text dan klik butang search.

Cara Kedua: Klik webOpac untuk mendapatkan Basic Search, pilih Pattern atau Keyword atau leftstring diruangan search type, pilih Any diruangan access point dan taip perkara yang hendak dicari (Cth: Penyakit atau Tamadun) di ruangan search text dan klik butang search.

 

S6: Bagaimanakah cara hendak mengetahui buku Perpustakaan KDN telah dipinjam keluar?

J6: Sila lihat paparan katalog di bahagian Accessions pada ruangan status: - Available membawa maksud buku tersebut berada dalam simpanan Perpustakaan KDN, manakala Circulated membawa maksud buku tersebut telah dipinjam keluar.

 

S7: Berapa jumlah buku yang boleh dipinjam oleh warga KDN?

J7: Enam (6) buah buku.

 

S8: Kenapakah sebahagian buku yang berstatus Available tidak boleh dipinjam dan tidak berada dirak?

J8: Sila pastikan Local Call Number atau nombor panggilan buku berkaitan dicatat dengan betul. Sebarang kesilapan dalam catatan Local Call Number atau nombor panggilan akan membawa maksud buku/bahan yang berlainan. Sila dapatkan khidmat nasihat dari petugas kaunter. Antara kemungkinan yang lain adalah;

- Buku/bahan tersebut masih dalam proses akhir kataloq, atau;
- Buku baru dikembalikan dan dalam proses penyusunan;
- Kerja-kerja penyusunan mengambil masa atas sebab-sebab kekurangan kakitangan;
- Buku yang diharamkan/terlarang untuk dipinjam, hanya untuk rujukan dalam perpustakaan KDN sahaja.

 

S9: Kenapakah buku-buku yang dicadangkan pembelian oleh warga KDN kepada pihak Perpustakaan KDN masih belum dibeli?

J9: Pihak Perpustakaan hanya mempunyai bidang kuasa untuk mencadangkan dan mohon peruntukkan, tetapi sebarang pembelian bahan buku oleh pihak Perpustakaan KDN perlu mendapat kelulusan peruntukan dari pihak pengurusan KDN terlebih dahulu.

S10: Bagaimana cara untuk PATRON LOGIN

J10: Masukkan nombor ID iaitu nombor PAS PEKERJA anda (nombor pas pekerja anda adalah unik)dan masukkan katalaluan "1234"  dan klik butang MASUK seperti paparan imej di bawah: