Syarat-Syarat Di Perpustakaan Syarat-Syarat Di Perpustakaan

  • Tanda nama / pas keselamatan hendaklah sentiasa dipakai semasa di perpustakaan.
     
  • Barang-barang persendirian tidak dibenarkan bawa masuk kecuali peralatan tulis. Semasa di perpustakaan, seseorang tidak dibenarkan tidur, membuat gangguan, makan/minum dan membuat/menerima panggilan dengan telefon bimbit.
     
  • Warga/kakitangan KDN dan pengguna Perpustakaan perlu menjamin keselamatan bahan perpustakaan dan jangan merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti membuat catatan dan sebagainya.
     
  • Bahan perpustakaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas troli.
     
  • Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan tidak boleh dipinjam untuk sementara waktu tetapi pengguna boleh menempahnya di kaunter pinjaman atau secara on-line.
     
  • Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.
     
  • Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.
     
  • Proses mencetak, fotokopi dan penggunaan komputer perlulah mendapat kelulusan kakitangan bertugas di kaunter perpustakaan KDN terlebih dahulu.